Thursday, November 10, 2011

PENGUMUMAN UNTUK SEMUA PELAJAR SMKTUN [TKT PERALIHAN, 1, 2, 3 DAN 4]

SMK TAMAN UNIVERSITI
JOHOR BAHRU
PENYERAHAN WANG BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN RM100 UNTUK TAHUN 2012
--------------------------------------------


1. Untuk pelajar warganegara Malaysia Tingkatan Peralihan, 1, 2, 3 dan 4 sahaja.

2. Penyerahan wang bantuan RM100 akan dijalankan mengikut tarikh dan masa berikut:

TKT SATU: ISNIN, 14.11.11 ~ 11:30 pagi hingga 3:00 petang
TKT DUA: SELASA, 15.11.11 ~ 11:30 pagi - 3:00 petang
TKT TIGA: RABU, 16.11.11 ~ 11:30 pagi - 3:00 petang
TKT EMPAT: KHAMIS, 17.11.11 ~ 11:30 pagi - 3:00 petang
PERALIHAN & PENDIDIKAN KHAS: JUMAAT, 18.11.11, 11:30 pagi - 2:00 petang


3. Pelajar mesti datang bersama dengan ibu ATAU bapa mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Sekiranya pelajar datang tanpa ibu ATAU bapa, duit tidak akan diberikan.

4. Pelajar dikehendaki datang dengan pakaian sekolah yang LENGKAP, bukan baju PJK/unit uniform.

5. Ibu/bapa yang datang bersama pelajar dikehendaki membawa KAD PENGENALAN. Ibu/bapa juga diminta untuk memakai pakaian yg sesuai dan sopan.

6. Penyerahan wang akan dijalankan di MAKMAL SAINS di BLOK E. Pelan akan ditampalkan di aras bawah pada hari tersebut di mana pelajar akan berjumpa dengan guru tingkatan/guru ganti.

7. Ibu/Bapa dan pelajar diminta menggunakan pintu pagar di belakang yang akan dibuka pada hari tersebut. Pintu hadapan akan ditutup untuk mengelakkan gangguan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang sedang menduduki peperiksaan SPM pada masa itu. Kenderaan ibu/bapa juga perlu diletakkan di luar kawasan sekolah.
[pintu pagar terletak di selekoh berdekatan dengan SK Taman Universiti 3]

8. Ibu bapa dan pelajar diminta hadir mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Jika GAGAL hadir, bayaran hanya akan dibuat sekali lagi pada satu masa dan tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan amat pihak sekolah harga
i.

14 comments:

  1. Roger that. Thank you for such detailed post!

    ReplyDelete
  2. kalau ibu cikgu sek tmn u, anak kena dtg jugak ke? tiga hari berturut2lah ibu nak kena ambik ni

    ReplyDelete
  3. jika sudah buka account??hendak pergi?

    ReplyDelete
  4. PN. SUZANA - lepas ni boleh la beli gelang kaki :)
    UYIKO - pembayaran tunai. lepas dapat duit, awak bank-in saja dlm BSN :)

    ReplyDelete
  5. klu ibu bape dye pegy haji mcm mne cikgu ? nk kne dtg dgn cpe ?

    ReplyDelete
  6. maaf, memang prosedur kena ada ibu atau bapa. so kenalah tunggu tarikh lain nanti. harap-harap masa tu ibu bapa awak dah balik.

    ReplyDelete
  7. en zainal, beli gelang kaki cap zhulian bolehlah...yg tulen mana dpt..he..he.. beli buku latihan kat koop..lah

    ReplyDelete
  8. sir,my brother is tkt3, but he nw in KL.
    after tis RABU can get RM100 or not ?
    Lelin

    ReplyDelete
  9. sorry, u still have to follow the time.

    ReplyDelete
  10. okk.nvm,thks sir =)
    nw fb said we cannot take RM100.??

    ReplyDelete
  11. who said so? form one students who came with parents and brought IC were given RM100.

    ReplyDelete